Friday 18 May 2012

PENDAHULUAN

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Saya Encik Anuar Bin Haji Bador. Pengurus Syarikat SINARAN DELIMA ENTERPRISE ingin mengucapkan selamat menghayati hasil-hasil kayu jati di Malaysia ini. 




Malaysia adalah Negara bertuah yang mempunyai sumber alam yang berjaya menampung kehidupan rakyat dan sekarang tergolong di antara Negara-negara yang sedang pesat membangun. Di antara sumber alam yang menjadi sumber pendapatan besar adalah kayu kayan dari hutan tropika dari Semenanjung Tanah Melayu ke Sabah dan Sarawak. Sumber ini seperti juga minyak, akan lupus sekiranya tidak diganti. Pada awal tahun sembilan puluhan, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahadhir Mohammad dengan visi yang sungguh gemilang telah menggalakkan pelaburan-pelaburan di Malaysia menanam jati. Walaubagaimanapun seruan itu tidak mendapat sambutan yang pesat dari pelaburan-pelaburan di Malaysia, kerana pulangan yang agak lama. institusi perbankan tidak sanggup memberi pinjaman kepada penanam-penanam jati. 



Walaupun di dalam suasana kesukaran, ada juga yang sedar dan insaf, telah menyahut seruan Perdana Menteri menanam jati dengan pembiayaan sendiri di seluruh Negara termasuk pemegang konsesi lebuh raya utara selatan (PLUS). Syarikat Sinaran Delima adalah di antara syarikat yang telah bertungkus lumus membangunkan kebun jati yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dengan daya usaha, pemilik Sinaran Delima Encik Anuar Bin Bador, beliau telah mempromosi penanaman jati ke seluruhan Negara. Beliau telah mendapat biji benih yang bermutu tinggi dari ladang jati yang telah matang di Indonesia. Benih-benih ini telah dicambahkan dan dibaja dengan secukupnya untuk mendapat benih yang kuat dan subur. Benih- benih ini telah dibekalkan ke seluran Negara, kepada penanam-penanam kecik dan kawasan pembangunan lanskap.




Sekarang pokok-pokok jati yang ditanam telah menjangkau umur melebihi 15 tahun. Kebun-kebun ini perlu ditipiskan(sistem penjarangan)harus dilakukan supaya pokok yang tinggal dapat membesar dengan baik. Manakala pokok yang ditebang boleh diolah( digunakan) bagi tujuan membuat sebarang apa sahaja perabot seperti almari, kerusi, meja atau pon apa sahaja yang berasaskan kayu.

No comments:

Post a Comment